- assalamualaikum...
- sabtu lepas sy ke surau berdekatan dgn rumah bersama k.una. ini pertama kali kami ke surau selepas hampir 2 bulan berpindah ke taman tadisma ini. suraunya bersaiz sederhana besar, tetapi kemudahannya sgt hampir kpd sempurna. berhawa dingin, sgt harum, bilik air yg sgt bersih, karpet yg tebal, suasana yg sgt tenang untuk beibadat. kami berkenalan dgn beberapa org makcik dan kakak yg mnjadi pengunjung tetap surau itu. mereka sgt peramah. tapi sayang...tiada seorang pun remaja perempuan sebaya kami disitu..tiada seorang pun muslimat muda sesaf dengan kami. remaja lelaki memang ada tapi itupun kerana ada sebuah sekolah tahfiz lelaki berdekatan dgn surau. merekalah yg memenuhi surau selama ini. salah seorang daripada makcik disitu kelihatan sgt gembira kerana hari itu saf kami penuh. kami bersembahyang magrib dan isyak di situ. imam yg mengalunkan surah2 ketika kami bersembahyang itu sgt merdu suaranya, mendayu-dayu menggamit ketenangan di hati kecil ini. selepas solat, kami bersalaman dgn jemaah muslimat yg lain, kami berdakapan mesra mengeratkan sillaturrahim sekaligus mengeratkan ukhwah. kami berazam untuk menghadirkan diri ke surau lebih kerap selepas ini.
- selepas ke surau kami bercadang untuk makan malam di kfc extreme park. lgpun mmg kaksu sedang study bersama kawan-kawannya disitu. lokasinya tidak jauh dari rumah kami dan tidak smpai 30 langkah dari surau td. hanya dipisahkan oleh sebatang jalan. tetapi disana kemeriahannya seperti ada karnival sedang berlangsung. anak-anak muda memenuhi segenap ruang kawasan extreme park itu. di tempat skateboarding, futsal, rockclimbing, setiap sudut kelihatan remaja seusia kami sedang bersuka ria. ketawa gembira. ini belum masuk soal batas pergaulan dan aurat yg terdedah. timbul sedikit rasa tidak puas hati di hati ini. sebenarnya agak marah dan selebihnya sedih. alangkah bagus jikalau mereka ini mengambil inisiatif mengimarahkan surau seketika sebentar tadi. melakukan aktiviti sihat ini tidak salah, tapi perlulah seimbang bukan? entahlah...ini semua hanya apa yg terbuku di hati.
- sy bukanlah seorang yg sempurna, sgt byk kekurangan dlm diri sy ini. tetapi melihatkan kpd orang-orang sekeliling yg lebih teruk daripada sy, (maaf kpd siapa2 yg terasa..sy x bermaksud) sy jd takut. inilah realiti, kalau dalam generasi sy sudah teruk sebegini rupa, bagaimana dgn generasi akan dtg? siapa yg akan membimbing negara yg tercinta ini? layakkah mereka? sy terfikir...
2 comments:
"every generation laugh at the old fashions but religiously follow the new"
it's a cycle of life.now it's ur turn to realised.insyallah,they will soon :)
yeah..
i hope so~
Post a Comment